Cara Cuci Cloth Diaper

Cara cuci CD

Di sini saya sediakan manual bagaimana untuk mencuci cd yg telah digunakan.

Mula-mula, apabila menerima CD yang baru dibeli, anda perlu buat pre wash dulu.

PRE-WASH

pendek kata, cd tu perlu dibasuh-jemur- kering-basuh-jemur-kering-basuh-jemur-kering (3 kali semuanya), tp kdg2 sesetengah org, dua kali pun dah ok.

lepas PRE-WASH, cd tu dah blh pakai.

lepas tu, CD yg dah kotor dgn kencing atau poo baby, perlu dicuci.

kadang2 cara pencucian yang salah akan menyebabkan timbulnya masalah CD BOCOR dan ruam.

diharapkan penerangan ini dapat memberikan gambaran bagaimana untuk mencuci cd anda.

1. Keluarkan insert dari CD(pocket pant)

2. Bilas insert dan cd dari basahan (kencing) atau buang poo (jika ada) dengan air yang banyak.

3. Selepas dibilas, cd(pocket pant) dimasukkan ke dalam laundry bag (untuk menjaga kualiti jahitan cd dan button/velcro tape)..insert blh terus dimasukkan dalam mesin je..

4. Kemudian masukkan cd dan insert ke dalam mesin basuh, masukkan SEDIKIT SABUN SAHAJA dan basuh seperti biasa.

5. Akhir sekali... bila selesai basuh, cd dan insert blh dijemur dan sebaiknya di bawah sinaran cahaya matahari. kesan-kesan kekuningan pada insert dan permukaan cd akan hilang jika dijemur bawah cahaya matahari.

AMARAN: tolong JANGAN SEKALI_KALI gunakan sabun yang mengandungi PELUNTUR atau PELEMBUT atau kedua2nya sekali dan JANGAN MENGGUNAKAN BERUS untuk menggosok permukaan CD... Kenapa JANGAN????

Peluntur dan berus akan merosakkan permukaan microfiber insert dan pelembut akan membina satu lapisan pada inner CD dan insert. Jadi.. insert tidak dapat menyerap basahan secara maksimum.

Kesannya...... cd akan bocor atau ruam akan berlaku pada baby.

MAKIN KERAP INSERT DAN CD DIBASUH, MAKIN TINGGI DAYA SERAPANNYA.

Jika anda merasakan insert microfiber anda makin kerasatau tidak gebu..warna pula semakin kelabu, dan cara untuk mengelakkannya berlaku, iaitu dengan melakukan STRIPWASHING sebulan atau dua bulan sekali.

STRIPWASHING

1. Basuh CD (merujuk kepada inner pocket pant dan insert) menggunakan sabun yang biasa dipakai untuk cucian biasa. Scrub CD di bawah air paip yang mengalir. jangan gunakan sebarang berus kerana ia akan merosakkan material CD kesayangan anda.

2. Lakukan perkara yang sama pada bahagian dalam pocket diaper.


3. CD boleh di masukkan ke dalam mesin basuh dan masukkan soda bikarbonat( sabun tidak perlu) pada awal basuhan....kemudian untuk bilasan yang terakhir ...tuangkan sedikit cuka. Bagi yang ingin melakukan basuhan tangan, gunakan cuka yang dilarukan dalam air suam

KENAPA PERLU STRIPWASHING?

CD yang di cuci lama kelamaan akan meninggalkan sisa sabun dan lama kelamaan akan mengurangkan serapan basahan. Jadi jangan cepat malatah mengatakan CD mudah bocor. Harus diingatkan penggunan sabun adalah bersifat alkali. jadi bagi meneutralkan kealkalian pada CD, stripwashing menggunakan agen yang bersifat asid seperti cuka untuk meneutralkan CD tersebut.

Selamat menggunakan cloth diaper...!!! Sangat mudah dan menjimatkan..


0 comments:

Post a Comment

Demi Masa...

Waktu Solat

Jom Kongsi 'Banner'!

Copy & Paste this html on your website...

BlogMalaysia.com


BeZahra

Profil Saya

My photo
Jika ada pertanyaan, sms/call: een : 019-6682455 or email : een1478@yahoo.com

Cari Blog Ini

Followers