Kenapa Cloth Diaper?

KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA CLOTH DIAPER@LAMPIN MODEN???

" Tahukah anda ruam lampin berpunca daripada penggunaan lampin pakai buang dan mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi anda? "

Ibubapa dan bakal ibu dan bapa,

Lampin pakai buang atau dipanggil 'pampers' adalah satu keperluan bagi para ibubapa yang mempunyai anak kecil kerana dengannya dapat memudahkan kita menguruskan anak dan agak murah di pasaran.

Namun tanpa kita sedari....di sebalik keistimewaan lampin pakai buang ini, tersembunyi banyak keburukan yang tidak diketahui oleh para ibu dan mungkin anda tidak punya pilihan lain selain memakaikan lampin kain biasa...jadi lampin pakai buang menjadi telah menjadi pilihan para ibu yang sentiasa sibuk.

Kenapa saya berkata begitu? Jika anda perhatikan, masalah yang sering menimpa kanak-kanak yang masih belum pandai menguruskan diri ialah ruam dan kesan melecet di sekitar kawasan punggung dan kelengkang.

Banyak kes, apabila ruam ini bertambah teruk, kulit bertukar menjadi merah dan sangat pedih apabila terkena air sewaktu di siram. Ini selalu terjadi kepada anak pertama dan kedua saya...tetapi tidak bagi yang no 3..kerana sejak seawal umurnya 2 minggu saya telah menggunakan cloth diaper....

Mungkin kita tak sedar bahawa penyumbang utama kepada masalah ruam lampin ini adalah berpunca dari penggunaan lampin pakai buang yang kita gunakan setiap hari. Tetapi inilah hakikatnya...Ok... biar saya terangkan kelemahan yg ada pada lampin pakai buang.. .

Antara kelemahan lampin pakai buang ini ialah :

§ Ia mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan bayi . Dioxin iaitu sejenis bahan kimia terhasil sewaktu proses pelunturan pulpa ( bahan utama lampin pakai buang ) boleh menyebabkan bayi menanggung risiko kanser!

§ Menambah masalah kerengsaan kulit kerana kulit bayi yang sensitif bersentuh dengan air kencing mengakibatkan ia bertindak balas dengan bahan kimia yang terkandung di dalamnya menyebabkan kulit melecet dan bertukar kemerahan.

§ Punca kepada penyakit asma atau lelah kerana ia merosakkan sistem penyejukkan badan yang boleh menggangu kesuburan pada masa akan datang selain menggangu sistem hormon dan imunisasi badan kerana ia mengandungi bahan bertoksik.

§ Mencemar udara dan kebersihan alam sekitar . Oleh kerana ia di perbuat dari bahan sintetik, ia tidak mudah di lupuskan sekaligus menambah masalah pada alam sekitar yang menjadi tempat tinggal kita.

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain kapas yang lembut?

Isu Kesihatan

Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.

* Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.
* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar.
Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
* Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin.
Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
* Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menybabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Kos

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin. Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun


Kos menggunakan lampin kain @ CD

Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin Coolababy: RM26 (paling murah beserta 2 insert)

Beli 12 helai: 12 X RM 26 =RM312

Beli 24 helai: 24 X RM26 =RM624 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranyaingin menambah keluarga.

Jadi..berapa kita boleh jimat ...jika kita kira penggunaan untuk 3 tahun

Lampin pakai buang RM 4599 - RM 624 (kira Cloth diaper yg termurah...RM 26 sekeping)

= RM 3975..(LIHAT..NI DAH BOLEH JADIKAN TABUNGAN UNTUK ANAK KITA)..

MAKA...FIKIR_FIKRKANLAH!!!!!!

JOM KITA SELAMATKAN BUMI DAN ANAK2 DARI BAHAN KIMIA! BERTUKAR LA KEPADA CLOTH DIAPERS YANG LEBIH SELAMAT DAN MENJIMATKAN!!!

0 comments:

Post a Comment

Demi Masa...

Waktu Solat

Jom Kongsi 'Banner'!

Copy & Paste this html on your website...

BlogMalaysia.com


BeZahra

Profil Saya

My photo
Jika ada pertanyaan, sms/call: een : 019-6682455 or email : een1478@yahoo.com

Cari Blog Ini

Followers